mY MusiC

Wednesday, June 8, 2011

TiPs peNjagAaN LaptOp =)



 assalamualaikum... =)
hye korg!..kt cni uyun nk share bbrapa tips pnjagaan laptop;
s0, jom bce! ;)
1. Skrin LCD
> Lapkan ia selalu kerana mudah dimasuki habuk.
> Gunakan screen saver.
> Power management setkan pada ‘Turn Off monitor in … minutes’.
> Elakkan menyentuh skrin dengan jari kerana kesan jari yang berminyak menyukarkan untuk pembersihan.
> Jangan letakkan jari di skrin kerana boleh menyebabkan ‘Dead pixel’.

2. Bateri
> Elakkan daripada penggunaan bateri.
> Komputer lebih sejuk tanpa haba dari bateri.
> Jika bateri sudah habis dicas, digalakkan menggunakan kuasa dari adapter.
> Pastikan bateri berada di bawah 10 peratus sebelum dicas semula.
> Jika terlalu kerap dicas, bateri akan kehilangan keupayaan menyimpan tenaga di bawah 50 peratus.
3. Papan Kekunci.
> Letakkan sekeping kertas A4 untuk papan kekunci setiap kali tidak menggunakannya untuk menghindarkan papan kekunci dimasuki habuk.
>Sesekali lapkan papan kekunci dengan perlahan-lahan. Jangan terlalu kasar untuk mengelakkan butang kekunci rosak.
> Kalau boleh gunakan papan kekunci dan tetikus berasingan supaya kita tidak terlalu kerap menggunakan papan kekunci di komputer riba.
4. Haba Panas
> Pasikan komputer riba anda ada ruang untuk mengeluarkan haba panas.
> Perlu diingat komputer riba mempunyai ruang simpanan yang kecil.
5. Surge Protector
> Fungsinya sebagai menjaga perisian dan perkakasan daripada rosak.
> Disyorkan jenama APC, BELKIN atau TARGUS.
> Kelebihan APC - mempunyai bateri simpanan, line protection (tiada elektrik tapi masih boleh dihidupkan lagi) dan mempunyai amaran kehabisan bateri.
> Kelebihan lain Surge Protector ialah menjaga HDD dan Power Supply.
6. Port
> Sentiasa dibersihkan kerana mudah dimasuki habuk.
> Gunakan berus atau berus gigi lama.
> Pastikan suis dimatikan ketika membuat pembersihan
7. Cooler
>   Bagi mengelakkan overheat atau terlampau panas, eloklah gunakan cooler. Lagi mahal lagi baik.. =)

8. Permukaan
> Elakkan dri menggunakan laptop atas permukaan spt bantal, tilam atau seangkatan dengannya. Ini kerana habuk2 yg ada pada permukaan tersebut akn disedut masuk ke dalam laptop dan menyebabkan laptop berhabuk di dalamnya.

 ni la yg smpt org searh n share kt cni utk korg2 sume..hrap dpt mmbntu korglah!
at the same tym org un ikt gaklah tips2 kt ats nih,hrap pasni laptop korg sume dlm keadaan ok2 jah! =)
kalau de something nk tmbh sila tgglkn kt ruang komen okeh!
k,adioss!! =)

No comments:

Post a Comment